Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Insentif Pemberian Khemah Beri Manfaat Kepada Usahawan Mikro di Johor

By 13 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 18 Mei (MalaysiaAktif) — Pemberian khemah percuma kepada usahawan mikro di Johor merupakan salah satu inisiatif bantuan fizikal bagi membolehkan mereka berniaga dalam suasana yang sistematik dan seragam.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kemudahan asas yang disediakan ini diharap dapat memastikan perniagaan yang diusahakan memberi impak yang positif

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata sokongan daripada Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB) dalam membantu untuk membangunkan bidang keusahawanan bagi memastikan perniagaan yang diusahakan dapat berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

“Ini merupakan tahun kedua insentif pemberian khemah diteruskan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM3 juta yang akan dimanfaatkan kepada sekurang-kurangnya 6000 penerima usahawan mikro di Johor,” katanya ketika merasmikan pelancaran Insentif Khemah Kepada Usahawan Mikro Dalam Kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di Tapak Pasar Malam Jalan Kemuliaan, Taman Universiti, semalam.

Datuk Onn Hafiz meninjau pelaksanaan pemberian insentif khemah yang disediakan oleh Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB) di tapak Pasar Malam Jalan Kemuliaan, Taman Universiti, Johor Bahru

Sementara itu, Onn Hafiz Ghazi, berkata kemudahan asas yang disediakan ini diharap dapat memastikan perniagaan yang diusahakan memberi impak yang positif dalam memastikan usaha yang dibuat menjadi kenyataan.

“Usaha yang diberikan ini diharap dapat memberikan produktiviti yang baik dalam kalangan usahawan mikro ini sebagai penyumbang kepada kemajuan Johor dan memberi pulangan pendapatan kepada negeri agar terus maju pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Liew Chin Tong, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Datuk Dr. Haji Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Mohd Hairi Mad Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB) Mohd Radzi Haji Mohd Amin.

-AA-

Tinggalkan komen anda