Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Belia Aset Paling Berharga – Ketua Menteri Melaka

By 20 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/FB Ab Rauf Yusoh

MELAKA 19 Mei (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 telah berlangsung di Taman Rekreasi Bukit Serindit, semalam.

Ketua Menteri Melaka ketika menyampaikan ucapan

Pelbagai aktiviti dan program telah disediakan sepanjang dua hari bermula 17 hingga 18 Mei 2025.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Melaka memiliki lebih 200,000 orang belia. Ia bukan sekadar angka, tetapi adalah tenaga masa hadapan negeri dan negara.

Barisan belia yang menjadi aset terpenting dalam mencorak masa hadapan negara

Tambah beliau, belia merupakan aset paling berharga yang bakal mencorakkan wajah Melaka.

“Kerajaan Negeri Melaka bertekad untuk memastikan penglibatan belia bukan hanya pada peringkat program, tetapi terlibat aktif dari perancangan hingga pelaksanaan dasar.

“Kerajaan negeri akan terus mewujudkan ekosistem yang kondusif dari sudut infrastruktur, peluang dan bimbingan agar segala inisiatif pembangunan belia memberi impak yang mampan dan berkekalan,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada seluruh anak muda Melaka untuk terus bangkit dengan keyakinan, tampil dengan keberanian dan menghayati tema Hari Belia Negara 2025, Yakin Boleh.

-AA-

Tinggalkan komen anda