
Laporan/foto: Azza Azmi/Mohd Zahid Othman (Johor)
JOHOR BAHRU, 19 Mei (MalaysiaAktif) ā Karnival Kita MADANI Negeri Johor yang berlangsung di PPR Sri Stulang berjaya menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dalam usaha menyampaikan perkhidmatan terus kepada rakyat secara santai dan mesra komuniti.

Nie Ching berkata karnival ini juga sebagai platform promosi kepada Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 peringkat negeri Johor yang dijadual berlangsung pada 25 hingga 27 Mei 2025 di Toppen Shopping Mall,Ā JohorĀ Bahru
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata program ini merupakan kesinambungan inisiatif MADANI Rakyat yang memfokuskan penyampaian maklumat mengenai dasar kerajaan serta pelbagai perkhidmatan seperti saringan kesihatan, nasihat pengguna, keselamatan siber dan kempen kesedaran awam.
āKarnival ini memberi peluang kepada rakyat memahami dasar serta perkhidmatan kerajaan secara langsung, di samping membantu mereka yang memerlukan nasihat atau bantuan,ā katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Kita MADANI x Program MADANI Rakyat (PMR) Negeri Johor, kelmarin.

Orang ramai berpeluang membeli barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan menerusi Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di Karnival Kita MADANI
Tambah Nie Ching, antara pengisian menarik yang turut diadakan termasuk Kempen Internet Selamat (KIS) dan advokasi anti-scam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selain penyediaan saringan kesihatan asas kepada komuniti setempat.
āProgram ini juga menjadi platform promosi kepada Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 peringkat negeri Johor yang dijadual berlangsung pada 25 hingga 27 Mei 2025 di Toppen Shopping Mall, Johor Bahru.
āPMR 2025 akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Mei, jam 3.00 petang dan akan menghimpunkan lebih banyak agensi serta pengisian berskala besar untuk seluruh warga Johor,ā katanya.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Nik Kamaruzaman Nik Husin, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Julina Johan, Pegawai Daerah Johor Bahru Mohd Masni Wakiman, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Stulang Andrew Chen Kah Eng.
-AA-