
Laporan/Foto: Sumardi Sugiman / Jackson Abell (Sarawak)
BAU, 19 Mei (MalaysiaAktif): Seramai 200 orang kanak-kanak dari kawasan Bau dan Lundu telah menyertai Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak 2025 sempena Pesta Tasik Biru yang berlangsung di Pentas Utama, Tasik Biru Resort City, pagi semalam.

bu bapa hadir beri semangat kepada 200 peserta cilik di pertandingan mewarna Tasik Biru, semalam.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Bau dan Lundu ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menonjolkan bakat dalam seni mewarna, malah berjaya mengeratkan hubungan antara KEMAS dan komuniti setempat.
Acara ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada ibu bapa pelbagai kaum dan latar belakang, yang hadir seawal jam 7.00 pagi bersama anak-anak mereka untuk menyertai pertandingan.

Penyampaian hadiah oleh Ong Chin Ping kepada para pemenang pertandingan berlangsung meriah disini pagi semalam.
Menurut Pegawai KEMAS Daerah Bau dan Lundu, Jeswin Liew, pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori mengikut umur iaitu kategori lima tahun dan kategori enam tahun.
“Syabas dan terima kasih kepada para ibu bapa serta semua pemenang. Pertandingan seperti ini merupakan platform yang baik untuk anak-anak menunjukkan kebolehan dan kreativiti mereka dalam bidang seni,” katanya semalam.
-RJ-