Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

PMX Rasmi LIMA’25

By 9 seconds yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Kedah)

LANGKAWI, 20 Mei (MalaysiaAktif) – LIMA 2025 edisi ke 17 membuka tirainya hari ini sehingga 24 Mei 2025 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resort World Langkawi (RWL).

Persembahan udara

Lebih 57 pesawat dan 39 aset pameran maritim tempatan dan antarabangsa termasuk dari Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat, Perancis, Itali dan Brazil turut serta dalam edisi kali ini.

Perdana Menteri turut melawat pameran-pameran di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC)

Turut menghimpunkan 860 pempamer dari 24 negara yang terdiri dari 426 syarikat antarabangsa dan 434 syarikat tempatan.

Majlis perasmian pembukaan pameran dan Opening Gambit TUDM telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut diiringi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), pagi tadi.

-AA-

Tinggalkan komen anda