Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

195 Peneroka FELDA Triang 3 Terima Suratan Hak MIlik

By 14 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fitri Abdul Halim (Bera)

BERA, 21 Mei (MalaysiaAktif) – Seramai 195 peneroka FELDA Triang 3 menerima Suratan Hak Milik bagi tapak kediaman dan tanah pertanian.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, berkata penyerahan Suratan Hak Milik ini merupakan simbol kejayaan sebuah perjuangaan yang panjang.

Wan Rosdy menyerahkan Suratan Hak Milik Tanah kepada para penerima.

“Suratan Hak Milik yang diserahkan ini bukan sekadar sehelai dokumen, ia adalah simbol pengiktirafan sah bahawa tanah ini kini benar-benar menjadi milik tuan-tuan dan puan-puan dan ia menjadi bukti bahawa segala usaha dan titik peluh tuan-tuan dan puan-puan tidak sia-sia, malah menjadi legasi untuk diwariskan kepada anak cucu,” katanya sewaktu menyempurnakan majlis Penyerahan Suratan Hak Milik dan Dimensi Mini Karnival FELDA Pahang 2025, di sini kelmarin.

Ujarnya lagi, dalam soal pemilikan tanah sehingga kini seramai 41,286 daripada 43,126 orang peneroka, bersamaan hampir 96 peratus, telah menerima Suratan Hak Milik masing-masing.

“Baki 1,840 orang peneroka lagi akan terus diusahakan sehingga selesai,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda