Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

100 Tahun Madrasah Sultan Zainal Abidin, Legasi Ilmu Islam Terus Gemilang

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini

KUALA TERENGGANU, 21 Mei (MalaysiaAktif) – Sambutan 100 tahun Madrasah Sultan Zainal Abidin Al-Arabiyyah (MSZAA) penuh bermakna dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ke Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMASZA), di sini semalam. Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa kerabat diraja dan tetamu kehormat.

Ditubuhkan pada 1925 hasil inisiatif kerajaan dan istana, madrasah ini menjadi simbol penyatuan umat serta mercu tanda pendidikan Islam di Terengganu.

Melalui Tabung Khairiat Zainal Abidin, usaha awal itu terus menyuburkan warisan keilmuan sehingga hari ini.

Sultan Mizan menyifatkan pencapaian 100 tahun madrasah ini sebagai luar biasa, melahirkan ramai ulama, pemimpin dan teknokrat yang menjadi tulang belakang pembangunan negeri dan negara.

Dr. Mohamad Yusof ketika menyampaikan ucapan

“Madrasah ini bukan sekadar institusi, tetapi benteng keilmuan dan kedaulatan Islam,” titah Baginda.

Sementara itu, Yang Dipertua Alumni MSZAA Tan Sri Datuk Dr. Mohamad Yusof Noor menyeru agar madrasah terus kekal relevan tanpa mengorbankan jati diri Islam dalam arus globalisasi.

“Sambutan ini bukan sekadar imbauan sejarah, tetapi penegasan bahawa perjuangan ilmu dan tarbiah Islam akan terus mekar di bumi Darul Iman menuju abad baharu yang lebih cemerlang,” ujarnya penuh harapan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda