Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

PPDK Bagan Indah Tingkat Kesedaran Internet Selamat Golongan OKU

By 22 Mei 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Rezwane/Mohd Ridhuan (Seberang Perai Utara)

BAGAN INDAH, 22 Mei (MalaysiaAktif) – Dalam usaha memperkasakan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) menghadapi cabaran era digital, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bagan Indah dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara menganjurkan Kempen Internet Selamat, melibatkan penyertaan pelatih serta kakitangan pusat tersebut, di sini semalam.

Pegawai Penerangan Daerah SPU menerangkan maklumat berkaitan jenayah dalam talian.

Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan Internet yang bijak, selamat dan bertanggungjawab dalam kalangan OKU, sejajar dengan perkembangan teknologi semasa yang semakin mencabar.

Pengerusi PPDK Bagan Indah Zalina Samdin, berkata penganjuran program ini merupakan satu langkah proaktif dalam melindungi pelatih daripada terdedah kepada risiko dunia siber seperti penipuan dalam talian, buli siber dan eksploitasi digital.

Risalah maklumat berkaitan keselamatan siber turut diedarkan.

“Golongan OKU juga berhak mendapat akses kepada ilmu keselamatan siber dan inisiatif seperti ini membuka ruang kepada mereka untuk belajar dalam suasana yang inklusif dan mesra pengguna,” jelas Zalina.

Antara pengisian menarik sepanjang kempen termasuk ceramah keselamatan siber, demonstrasi penggunaan Artificial Intelligent Factcheck Assistant (AIFA) serta perkongsian informasi berkaitan modus operandi terkini sindiket penipuan dalam talian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda