Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

PPD Julau Perkasa Komuniti Melalui Program Mini ASAS JAPEN

By 15 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Siti Rahimah Binti Ajis / JAPEN Julau (Sarawak)

JULAU, 23 Mei (MalaysiaAktif) – Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Julau telah menganjurkan Program Mini ASAS JAPEN di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Pekan Julau semalam, bertujuan memperkasa komuniti dengan pengetahuan asas dalam komunikasi dan penyampaian maklumat yang berkesan, khususnya dalam menghadapi cabaran dunia digital masa kini.

Cecilia Dafi, menekankan peranan penting KOL dalam menyebar dan mempromosi maklumat kerajaan secara berkesan semasa ucapan perasmian.

Dalam ucapannya, Pegawai Penerangan Daerah Julau, Cecilia Dafi, menegaskan peranan signifikan Key Opinion Leader (KOL) sebagai individu yang mempunyai pengaruh dalam komuniti dan mampu menjadi pemangkin kepada penyebaran maklumat yang sahih serta berimpak tinggi berkaitan isu semasa, dasar dan polisi kerajaan.

“Saya menyeru agar para KOL terus komited dalam penghasilan kandungan media sosial yang bermakna, bernilai tambah dan mampu memberi kesan positif kepada masyarakat. Melalui pendekatan ini, mereka bukan sahaja dapat memperkukuh kefahaman awam terhadap dasar kerajaan, malah berperanan sebagai sumber maklumat yang diyakini dan dihormati,” ujar beliau dengan penuh harapan.

Program diteruskan dengan syarahan umum mengenai peranan KOL sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam menyampaikan maklumat secara berhemah dan mudah difahami.

PP Rick membimbing para KOL dalam sesi latihan penyuntingan video menggunakan telefon pintar.

Turut diadakan ialah sesi latihan penyuntingan video menggunakan telefon pintar yang dikendalikan oleh Penolong Pengurus NADI, Jevina Jois. Sesi ini memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari teknik asas penyuntingan video secara praktikal menggunakan peranti mudah alih.

Tiga komuniti telah mengambil bahagian dalam program ini, iaitu dari KM Nanga Bilat, KM Sungai Lasi dan KM Nanga Kelangas.

Secara keseluruhan, program ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan komuniti tentang komunikasi digital, tetapi turut memupuk kesedaran tentang tanggungjawab menyampaikan maklumat yang tepat dan beretika dalam membentuk masyarakat celik maklumat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda