Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kampung Selarong Raih Johan Anugerah Desa Sejahtera Daerah Hulu Perak

By 12 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 25 Mei (MalaysiaAktif) – Kampung Selarong mengungguli Anugerah Desa Sejahtera Peringkat Daerah Hulu Perak apabila muncul sebagai johan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Selarong, Alias Hashim, melahirkan rasa syukur dan gembira atas kemenangan dan ia merupakan satu pencapaian membanggakan yang dinilai berdasarkan kepada enam teras utama penilaian.

Barisan JPKKP Kampung Selarong bersama Pegawai Daerah Hulu Perak, Muhammad Fitri Hassan (tiga dari kiri)

Jelasnya lagi, pencapaian ini adalah hasil kerjasama erat antara penduduk kampung dan sokongan padu daripada pihak berkuasa tempatan serta jabatan dan agensi kerajaan.

“Kejayaan mewakili daerah merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi kami komuniti setempat serta menjadi platform untuk memperkukuhkan semangat Malaysia MADANI dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Tambahnya lagi, walaupun rezeki tidak memihak di peringkat negeri tetapi tetap berpuas hati dengan segala yang telah diusahakan.

“Anugerah ini menjadi pemangkin kepada kami untuk terus berinovasi dan berdaya saing dalam usaha meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan persekitaran desa yang lebih sejahtera dan lestari seiring dengan gagasan Kerajaan Negeri Perak iaitu Perak Sejahtera 2030,” ujarnya lagi yang dihubungi sejurus selesai Majlis Anugerah Desa Sejahtera & Sejati Madani Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh di sini, semalam.

Sebagai penghargaan, JPKKP Kampung Selarong turut membawa pulang plak, sijil dan saguhati penyertaan berjumlah RM1,000 kerana telah mewakili daerah Hulu Perak ke peringkat negeri.

-AA-

Tinggalkan komen anda