
Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh
MELAKA 26 Mei (MalaysiaAktif) – Pertandingan Dondang Sayang Peringkat Negeri Melaka sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Sungai Udang, telah berlangsung semalam di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan Dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Sungai Udang.

Ucapan perasmian oleh Ketua Menteri Melaka.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Institut Warisan Melaka (INSWA) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.
“Bagi saya, Dondang Sayang bukan sekadar seni hiburan, ia adalah seni warisan yang menjadi jati diri negeri Melaka. Dondang Sayang adalah lambang kekayaan budaya kita, yang lahir sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Antara pengiat seni Dondang Sayang yang hadir dalam majlis tersebut.
“Penganjuran Pertandingan Dondang Sayang satu manifestasi daripada usaha kerajaan untuk memastikan seni warisan ini bukan hanya hidup dalam lipatan sejarah, tetapi juga terus berkembang dalam kalangan generasi muda khususnya,” ujarnya ketika merasmikan program tersebut.
-ZS-