Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Sidang Kemuncak ASEAN: Harapan Rakyat

By 16 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azrul Hafiz/Muhaimin Musa

KUALA LUMPUR, 27 Mei (MalaysiaAktif) – Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di ibu negara hari ini membangkitkan harapan rakyat Malaysia yang teruja dengan inisiatif dan peluang ekonomi yang akan diperolehi.

Ahmad Amin ketika ditemu bual Malaysia Aktif.

Mahasiswa Ahmad Amin, 19, berkata penganjuran sebagai tuan rumah ASEAN juga diharapakan mampu membuka dan menjana ekonomi negara kesan daripada kedatangan delegasi-delegasi negara ASEAN ke Malaysia.

“Semoga sidang kemuncak ASEAN ini mampu membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada Malaysia seterusnya mengurangkan kadar pengangguran dalam negara,” katanya.

Afiq, 26, pula berharap peluang ekonomi di dalam rantau ASEAN akan terbuka dengan lebih luas.

Afiq ketika ditemu bual.

“Dengan adanya sidang kemuncak ASEAN yang menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah, diharapkan negara serantau mengenali sosioekonomi dan budaya Malaysia dengan lebih dekat lagi,” katanya.

Semalam Malaysia mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di Kuala Lumpur untuk kali yang kelima dengan bertemakan ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.

Tema ini mencerminkan aspirasi untuk mengukuhkan perpaduan dan daya tahan serantau, memastikan bahawa tiada sesiapa pun ketinggalan dalam kemajuan, sambil mengutamakan pembangunan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan masa depan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda