Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

20 Orang Anak-Anak Yatim Kuala Muda Menerima Sumbangan Sempena Aidiladha

By 4 Jun 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 4 Jun (MalaysiaAktif) – Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi, Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah telah menyampaikan sumbangan kepada 20 orang anak-anak yatim daerah Kuala Muda yang telah disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun, di sini semalam.

Adam Haikal menerima sumbangan dari Che Puan Besar Kedah.

Menurut Pegawai Daerah Kuala Muda Azmin Zainol Abidin, beliau berasa terharu atas keprihatinan Che Puan Besar Kedah terhadap kebajikan anak-anak yatim khususnya di daerah Kuala Muda yang sentiasa mendapat perhatian YAYSH terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha.

“Saya juga menyeru kepada badan-badan korporat ataupun perseorangan agar dapat menyalurkan memberi sumbangan kepada YAYSH agar dapat terus-menerus membantu anak-anak yatim yang memerlukan,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

Che Puan Besar Kedah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim daerah Kuala Muda.

Salah seorang penerima, Adam Haikal Mazlan, 15, berkata sumbangan yang diterima dapat membantunya dalam membuat persiapan secara sederhana bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada kali ini memandangkan beliau baharu sahaja kehilangan bapa beberapa bulan yang lalu akibat kemalangan jalan raya.

Turut hadir Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Yang Mulia Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah dan Ahli Lembaga Pengarah YAYSH Datin Hashimah Haji Hamidun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda