Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Festival Kartun Perpaduan Selangor Tarik Minat Rakyat Pelbagai Bangsa

By 16 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ariff Ishak (Selangor)

SHAH ALAM, 4 Jun (MalaysiaAktif) – Festival Kartun Perpaduan Selangor yang berlangsung di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam mendapat sambutan hangat apabila menerima kehadiran ramai pengunjung pelbagai lapisan masyarakat.

Pameran lukisan dan poster.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara Muhammad Izuan Ahmad Kasim, penganjuran festival ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi memupuk minat dalam kalangan kanak-kanak terhadap dunia seni lukis, selain menggalakkan perkembangan kreativiti sejak usia muda.

“Festival ini bukan sahaja mencungkil bakat, malah menjadi wadah perpaduan melalui seni yang merentasi kaum dan budaya,” ujar beliau semasa ucapan perasmian Festival Kartun Perpaduan Selangor, di sini hari ini.

Reruai pameran dan jualan lukisan kartun.

Seorang pengunjung, Ashraf Ahmad, 45, turut berkongsi pandangan bahawa program seperti ini wajar diteruskan pada masa akan datang kerana ia mampu melahirkan generasi muda yang mahir dan berbakat dalam melukis kartun.

“Program ini sangat bagus untuk anak-anak, selain mencungkil bakat mereka, ia juga menggalakkan kreativiti dan keyakinan diri,” katanya.

Program ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel lukisan, pameran kartun, sesi bersama pelukis terkenal serta pertandingan melukis terbuka kepada kanak-kanak dan remaja.

-ZS-

Tinggalkan komen anda