Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Dr Lim Swee Tin Lancar Buku Kumpulan Puisi Gemulai

By 1 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/Nasrul Isyam

KUANTAN, 6 Jun (MalaysiaAktif) – Tokoh Sastera dan Budaya Datuk Dr. Lim Swee Tin melancarkan buku Kumpulan Puisi Gemulai, di sini kelmarin.

“Saya berikhtiar membawa semula Menora, kesenian rakyat ini kepada masyarakat, saya sedar ramai yang ingin tahu kesenian berusia kira-kira 800 tahun ini adalah kesenian warisan kita yang berharga,” katanya.

Persembahan Menora etnik Siam Kelantan oleh Dr. Lim.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan puisi Loghat Pahang, lagu rakyat oleh Kumpulan Anak Kayan, bacaan sajak dan persembahan Menora etnik Siam Kelantan oleh Dr Lim yang juga merupakan penerima S.E.A Write Award pada tahun 2000.

Anak seni tempatan Noor Azman Norawi atau lebih mesra disapa Man Kayan, berkata majlis silang budaya antara Lagu Puisi Loghat Pahang dan Menora ini berjaya manambah rasa dan rencah kesedapan aktiviti sastera negeri Pahang dan negara.

“Ia satu gabungan yang epik dan mengembalikan nostalgia lama dalam era baharu.

“Aktiviti seni dan sastera kerap kali diadakan di ruang kecil hadapan rumahnya sebagai laman seni hanya boleh menampung 100 orang yang hadir pada satu-satu masa,” katanya.

Tok Janggut dinobatkan penerima Anugerah Tokoh Puisi Kelab Serindit Mati Tersepit, anugerah disampaikan oleh Juhari Azmi.

Noor Azman turut berharap ada pihak yang sudi meluluskan satu ruang yang lebih selesa atas nama persatuan Anak Kayan agar lebih ramai boleh berkongsi rasa dan membantu menjadi sebahagian tarikan pelancong ke negeri Pahang.

Turut diraikan, Ahmad Fadli Yusuh atau dikenali sebagai Tok Janggut yang dinobatkan penerima Anugerah Tokoh Puisi Kelab Serindit Mati Tersepit.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang Mohd Rizal Ismail, Pengarah Kraf Tangan Pahang Juhari Azmi dan Penolong Setiausaha Dewan Persuratan Melayu Pahang Nasrul Isyam Abdul Hamid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda