Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

TPS Lengkok Burma Berwajah Baharu: Lebih Selesa dan Selamat

By 2 hari yang lalu6 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Timur Laut)/Facebok Joshua Woo Sze Zeng 

GEORGE TOWN, 5 Jun (MalaysiaAktif) – Tapak Penjaja Sementara (TPS) di Lengkok Burma kini tampil dengan wajah baharu yang lebih selesa dan selamat selepas kerja-kerja penaiktarafan berjaya disiapkan sepenuhnya.

Syerleena (tengah) dan Joshua Woo Sze Zeng (kanan) berpuas hati dengan penambahbaikan infrastruktur di TPS.

Projek naik taraf yang berlangsung selama tiga bulan itu memberi tumpuan kepada pembaikan lantai yang tidak rata serta bumbung yang sebelum ini mengalami kebocoran sekali gus mengurangkan risiko keselamatan kepada para penjaja dan pengunjung.

Projek bernilai RM100,000 itu dilaksanakan di bawah inisiatif Projek Mesra Rakyat (PMR) dan memberi manfaat secara langsung kepada 11 penjaja yang berniaga di tapak berkenaan.

Joshua melawat sekitar TPS.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus Joshua Woo Sze Zeng, berkata kejayaan projek ini adalah hasil kerjasama erat antara pelbagai pihak.

“Projek ini tidak akan berjaya tanpa komitmen dan sokongan padu daripada Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid, Ahli Majlis Koay Gaik Kee serta pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan penaiktarafan ini demi keselesaan dan keselamatan komuniti setempat,” katanya, di sini kelmarin.

Tinggalkan komen anda