Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pembudayaan Kitar Semula Menyumbang kepada Kelestarian Alam Sekitar

By 1 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

PADANG BESAR, 13 Jun (MalaysiaAktif) – Pembudayaan amalan kitar semula bukanlah perihal baharu kepada kita semua, namun ia sering dipandang enteng dan acap kali diambil mudah dengan hanya sekadar memahami tetapi tidak mempraktikannya melalui perbuatan atau amalan seharian.

Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) Rusdi Yahya, Program Pemerkasaan Pembudayaan Kitar Semula Peringkat Negeri Perlis ini dapat memberikan galakan dan ruang kepada masyarakat untuk bersama-sama menyumbang kepada kelestarian alam sekitar agar keindahannya dapat dinikmati bukan sahaja pada masa kini malahan untuk dinikmati oleh generasi anak cucu kita pada masa akan datang.

Penerangan mengenai program kitar semula kepada para peserta yang hadir.

“Sokongan hadirin sekalian terhadap usaha dan inisiatif  yang di anjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam menjayakan program–program kesedaran terutamanya berkaitan amalan kebersihan dan 3R (kurangkan pembuangan sisa, guna semula dan kitar semula) amatlah saya hargai,” jelasnya.

Program Pemerkasaan Pembudayaan Kitar Semula yang  berlangsung di Dewan Seri Melati Beseri, di sini semalam mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Perlis melalui Bahagian Kerajaan Tempatan dan Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Syarikat E-Idaman Sdn. Bhd.

“Saya dimaklumkan majlis pada hari ini (Khamis) dihadiri oleh 11 agensi kerajaan dan tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi, serta 101 ahli jawatankuasa masjid di negeri Perlis.

Para tetamu bergambar kenangan selepas selesai program.

“Oleh itu, saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada para hadirin yang sudi meluangkan masa ke sesi perkongsian ilmu pada hari ini dan diharap program ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksikutif SWCorp Khalid Mohammed dan Yang di Pertua Majlis Perbandaran Kangar Affendi Rajini Khan.

Tambahnya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak SWCorp dalam usaha memperkasakan pembudayaan amalan kitar semula ini  antaranya menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) melalui Program Amal Jariah Melalui Barangan Kitar Semula melibatkan seluruh masjid di negeri Perlis.

Terdapat peningkatan sebanyak 800 tan sisa kitar semula pada tahun 2024 berbanding tahun 2023 iaitu sebanyak 680 tan di negeri Perlis, membuktikan bahawa inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh SWCorp serta sokongan padu yang diberikan oleh masyarakat di negeri Perlis membuahkan hasil yang boleh dibanggakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda