Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PMR 2025 PERAK, Pendidikan Tinggi Pemacu Negara MADANI

By 1 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Perak)/PACU

MANJUNG, 13 Jun (MalaysiaAktif) – Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 yang bermula hari ini sehingga 15 Jun 2025 mengetengahkan tema ‘Pendidikan Tinggi Pemacu Negara MADANI’ dijangka dihadiri lebih 100,000 orang dari seluruh pelusuk negeri Perak.

Pelbagai aktiviti dan pengisian turut dibawakan seawal hari pertama berlansung.

PMR 2025 yang bertempat di Lumut Waterfront, Lumut, Perak adalah anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) selaku Sekretariat Induk dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kerajaan Negeri Perak.

Menurut kenyataan Skretariat PMR 2025, kelmarin program ini akan mengetengahkan peranan institusi Pendidikan tinggi sebagai pemangkin dasar dan inisiatif yang menjurus kepada penyelidikan, inovasi dan pemikiran kritikal.

“Pengisian program merangkumi perkhidmatan touchpoint rakyat, inisiatif kesejahteraan komuniti, sesi ersama pemimpin, serta aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan turut dianjurkan selaras dengan hasrat merakyatkan perkhidmatan di samping memperkukuh aspirasi Rakyat MADANI.

Pelbagai aktiviti dan pengisian turut dibawakan seawal hari pertama berlansung.

“Pelbagai kaunter perkhidmatan bergerak oleh kementerian dan agensi persekutuan, negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan bakal menjadi tumpuan pengunjung,” menurut kenyataan itu.

Skeretariat PMR 2025 turut, menyatakan orang ramai berpeluang menikmati pelbagai perkhidmatan kerajaan secara bersemuka di lokasi program.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan PMR 2025 pada 15 Jun 2025 dan turut hadir adalah barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda