Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Enam Unit Lampu Solar Sinari Penduduk Kampung Orang Asli Sungai Garing

By 1 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Hakeem Ismail

RAWANG, 13 Jun (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan pemasangan enam unit lampu solar membabitkan peruntukan hampir RM20,000 memberikan manfaat kepada penduduk Kampung Orang Asli Sungai Garing, di sini.

Sebanyak enam unit lampu solar dengan kos RM19,976 dipasang di Kampung Orang Asli Sungai Garing.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor Papparaidu Veraman, berkata inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri untuk memastikan komuniti Orang Asli mendapat akses kepada kemudahan asas.

“Projek ini bukan sahaja membantu meningkatkan kualiti hidup penduduk kampung, malah menyokong agenda kelestarian negara menerusi penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang mesra alam dan menjimatkan kos.

“Kita komited membawa kemajuan yang inklusif kepada semua lapisan masyarakat, termasuk komuniti Orang Asli, selaras dengan prinsip keadilan sosial dan pembangunan mampan negara,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Kampung Orang Asli Sungai Garing, hari ini.

Menurutnya, kemudahan asas seperti pencahayaan akan memberi impak besar terhadap kehidupan seharian masyarakat Orang Asli, termasuk aspek keselamatan, pendidikan dan aktiviti ekonomi mereka.

“Usaha sebegini akan diteruskan secara berperingkat ke lebih banyak kampung agar tiada komuniti yang tercicir daripada arus pembangunan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda