
Laporan/foto: Azfa Saffie
KUALA SELANGOR, 14 Jun (MalaysiaAktif) – Orang ramai boleh mengambil kesempatan merasai pengalaman untuk menuai sendiri hasil tanaman melon di Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor bermula hari ini.

Fertigasi IoT antara kaedah yang dipraktikkan Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor.
Pegawai Pertanian Daerah Kuala Selangor Rostidah Sapikit, berkata Pick and Pay Melon merupakan promosi yang dilaksanakan bagi memberi peluang kepada orang ramai menikmati pengalaman menuai buah tembikan di samping mendapatkannya dengan promosi harga ladang.
“Golden melon akan kita jual dengan harga RM10 sekilogram manakala rock melon dengan harga RM7 sekilogram melalui promosi harga ladang.

Golden melon mampu meraih hasil jualan yang lumayan.
“Orang ramai dijemput untuk hadir ke Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor pada 14 dan 15 Jun ini bermula jam (pukul) 9.00 pagi hingga 5.00 petang bagi menikmati produk yang segar, berkualiti dan harga yang menjimatkan,” ujarnya.
Menurutnya lagi, mereka yang hadir juga boleh mendapatkan khidmat nasihat mengenai kaedah penanaman tembikai secara fertigasi serta penggunaan sistem IoT (Internet of Things) dalam projek tanaman fertigasi.
-ZS-