Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

RsBJ Muar: Projek RMMJ Berskala Besar Pertama di Parlimen Muar

By 21 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Facebook Mohd Jafni Md Shukor (Johor)

MUAR, 15 Jun (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh komitmennya dalam memastikan agenda perumahan rakyat dilaksanakan secara menyeluruh, inklusif dan seimbang di seluruh negeri menerusi pelaksanaan projek Residensi Bangsa Johor (RsBJ) Muar — sebuah projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) berskala besar pertama di Parlimen Muar.

Lawatan kerja Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ke tapak projek Residensi Bangsa Johor (RsBJ) pertama di Muar, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata projek ini akan dilaksanakan di Parit Nipah Laut, Kampung Parit Tengah, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang dan Parlimen Muar.

“Tapak projek rumah mampu milik ini terletak di lokasi yang strategik dan berhampiran kemudahan asas seperti sekolah, masjid dan klinik desa dan projek ini dijangka memberi manfaat besar kepada komuniti setempat.

“Sebanyak 200 unit rumah mampu milik akan ditawarkan kepada rakyat Johor, melibatkan dua jenis kediaman iaitu Jenis B berharga RM100,000, dan Jenis C berharga RM150,000,” katanya selepas lawatan kerja Menteri Besar Johor ke tapak projek RsBJ di Parit Nipah Laut, Kampung Parit Tengah, di sini semalam.

Tambah Jafni, kedua-dua jenis rumah RsBJ ini merupakan rumah teres setingkat yang direka dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, sesuai untuk menampung keperluan keluarga kumpulan berpendapatan rendah (B40).

Projek Residensi Bangsa Johor (RsBJ) Muar — sebuah projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) berskala besar pertama di Parlimen Muar menawarkan 200 unit rumah mampu milik, melibatkan dua jenis kediaman iaitu Jenis B berharga RM100,000, dan Jenis C berharga RM150,000.

“Projek ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM81.9 juta, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ).

“Penawaran rasmi kepada bakal pembeli dijadualkan bermula pada awal suku kedua tahun 2026, manakala keseluruhan projek dijangka siap menjelang tahun 2028,” katanya.

Jafni menjelaskan lagi sebagai pelengkap kepada pembangunan ini, kemudahan awam seperti surau dan dewan terbuka turut disediakan bagi menyemarakkan semangat kejiranan dan kehidupan bermasyarakat yang harmoni.

-ZS-

Tinggalkan komen anda