Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Kesedaran Siber Dan Gaya Hidup Sihat Slot Khas NADI Komuniti MADANI

By 19 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan disediakan: Regina Lasia /Muhamad Amin Shafiq (Sarawak)

MARUDI, 16 Jun(Malaysia Aktif) – Program Slot Khas NADI bersama Komuniti MADANI Rumah Gawong Sungai Selejau Asal berjaya dilaksanakan di Pusat NADI Marudi, semalam dengan pengisian pelbagai aktiviti bermanfaat untuk komuniti setempat.

Noamie Balai menyampaikan ceramah keselamatan siber dalam usaha memperkasakan literasi digital komuniti.

Antara pengisian utama ialah ceramah keselamatan siber yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cawangan Miri, Noamie Balai.

Ceramah tersebut menekankan kepentingan keselamatan digital, pengurusan maklumat peribadi serta pendedahan terhadap penipuan dalam talian, sejajar dengan kempen Internet Selamat bagi membentuk masyarakat celik digital.

Menurut Noamie, 31, ceramah tersebut memberi tumpuan kepada kempen Internet Selamat dengan mesej penting mengenai keselamatan digital, pengurusan maklumat peribadi dan kesedaran terhadap penipuan dalam talian, seiring dengan usaha membentuk masyarakat celik digital.

Antara peserta program yang menyertai sesi saringan kesihatan sebagai langkah awal penjagaan kesihatan.

Program turut menawarkan perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma kepada penduduk sebagai inisiatif menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

“Saya amat menghargai usaha pihak NADI yang menyediakan saringan kesihatan secara percuma kepada penduduk kampung dan ini memberi peluang kepada kami untuk mengetahui tahap kesihatan masing-masing tanpa perlu ke klinik atau hospital,” kata Jelita Jawanti, 36, salah seorang peserta semalam.

Sesi turut disusuli dengan mesyuarat serta Program Jiwa@Komuniti Madani Sembang Santai yang memberi ruang kepada komuniti untuk berdialog, berkongsi pandangan dan memperkukuh hubungan sosial di peringkat akar umbi.

-RJ-

Tinggalkan komen anda