Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Bakat Sukan Anak Istimewa Tiada Tandingan

By 29 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Nik Nasrullah Nik Azami (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 17 Jun (MalaysiaAktif) – Anak-anak istimewa di Johor yang mempunyai bakat, semangat juang yang tinggi serta keberanian digalakkan menceburi bidang sukan dan permainan sehingga ke pentas kebangsaan.

Sharmin Fazlina (tengah) merasmikan Karnival Bakat Sukan dan Permainan Pendidikan Khas Negeri Johor selaku wakil rasmi kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin, berkata anak istimewa di Johor tidak mengira latar belakang dengan kemampuan fizikal dan mental perlu diberikan ruang untuk mereka mengasah dan menunjukkan bakat yang mereka ada terutama dalam bidang sukan dan permainan pendidikan khas.

“Pentas mereka terbuka luas bagi anak istimewa ini bagi mengiktiraf kemahiran sukan yang mereka ceburi tanpa harus menjadi ketinggalan dalam arena sukan seperti anak-anak yang normal,” katanya ketika berucap sempena Karnival Bakat Sukan dan Permainan Pendidikan Khas Negeri Johor di Toppen Shopping Centre, di sini semalam.

Tambah Aznan, penganjuran karnival seperti ini dapat mencungkil bakat-bakat mereka dalam sukan dan permainan serta dapat melihat penglibatan anak-anak istimewa dalam Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

“Kita menganjurkan aktiviti seperti rangsangan sensori, aktiviti eksplorasi, permainan e-sport (e-sukan) dan sukan fizikal khusus untuk mereka dalam memastikan mereka ini dapat mengasah bakat selain boleh menyertai pertandingan sukan dan seterunya dapat mengharumkan nama Johor ke peringkat kebangsaan,” katanya.

Turut hadir isteri Menteri Besar Johor Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor Hanafi Samad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda