Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

MCMC Lancar Aplikasi NEXUS Pantau Kualiti Internet Secara Data Masa Nyata

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhaimin Musa/Muhammad Azrul Hafiz

KUALA LUMPUR, 17 Jun (MalaysiaAktif) – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melancarkan aplikasi mudah alih baharu, MCMC NEXUS bagi membolehkan pengguna mengukur dan memantau kualiti perkhidmatan Internet secara data masa nyata.

Aplikasi tersebut membolehkan pengguna membuat ujian kelajuan muat turun, muat naik, ping dan jitter untuk rangkaian 4G, 5G dan Wi-fi, selaras dengan piawaian Standard Mandatori bagi Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) yang ditetapkan MCMC.

Menurut kenyataan MCMC, data yang dikumpul akan dihantar terus ke pihak suruhanjaya dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi, bagi membolehkan penambahbaikan liputan serta tindakan segera terhadap aduan pengguna.

“Aplikasi ini memberi kuasa kepada pengguna untuk memantau sendiri tahap kualiti perkhidmatan yang diterima. Ia juga menjadi bukti sokongan sah sekiranya pengguna ingin membuat aduan rasmi,” kata jurucakap MCMC Amirul, di sini semalam.

Antara ciri utama lain adalah fungsi route survey dan building survey di mana pengumpulan data berdasarkan lokasi sebenar termasuk dalam bangunan dan sepanjang laluan pengguna dapat dilaksanakan.

Aplikasi MCMC NEXUS versi beta kini boleh dimuat turun oleh pengguna Android sahaja buat masa ini menerusi aplikasi Google Play.

MCMC menjelaskan bahawa pembangunan aplikasi tersebut dilakukan sepenuhnya secara dalaman oleh pasukan teknikalnya, dan ia dilancarkan secara rasmi semasa Mobile World Congress (MWC) 2025 di Barcelona, sebagai sebahagian daripada inisiatif pemerkasaan digital negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda