
Laporan/foto: Erzufariza Zulkifly (Maran)
MARAN, 17 Jun (MalaysiaAktif) – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memperkenalkan aplikasi aduan yang dinamakan sebagai Aduan JIPS.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), YDH Komisioner Polis Datuk Sri Azri Ahmad berucap ketika merasmikan Program Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Maran Pahang Darul Makmur
Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematujan Standard Komisioner Polis Datuk Sri Azri Ahmad, aplikasi berkenaan baru sahaja dilancarkan dan menjadi platform aduan melalui telefon bimbit.
“Aplikasi ini dibangunkan bagi memudahkan orang awam membuat laporan berkaitan integriti anggota polis, walaubagaimanapun diharapkan tiada pihak yang membuat laporan palsu,” katanya ketika ditemui media sewaktu Majlis Perasmian Bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, di sini, semalam.
Ujarnya lagi, sebanyak 2,637 aduan dan laporan berkaitan tatakelakuan anggota polis telah diterima sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini.
“Sepanjang tempoh ini juga, sebanyak 776 kertas siasatan tatatertib dan sebanyak 584 kertas enkuiri tatatertib telah dibuka yang melibatkan 2,076 subjek,” katanya.
Ujarnya lagi, statistik mereka yang dijatuhkan hukuman tatertib ini adalah juga melibatkan kesalahan yang disiasat atau dilakukan pada tahun sebelumnya.
-AA-