
Laporan/foto: Fasharina Kholil (Pengkalan Hulu)
PENGKALAN HULU, 18 Jun (MalaysiaAktif) – Aktiviti sukan merupakan satu wadah berkesan bagi mengeratkan silaturahim antara masyarakat tempatan serta memupuk gaya hidup sihat.

Salehuddin ketika merasmikan Sukan Komuniti Zon 3, kelmarin.
Justeru itu, Ahli Majlis Daerah Pengkalan Hulu Zon 3 Md Redzuan Hussain mengambil inisiatif untuk mendekati komuniti serta penduduk setempat melalui kegiatan sukan, aktiviti kecergasan dan kesihatan sempena Program Sukan Komuniti Zon 3.
Menurut Md Redzuan Hussain atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Pak Wan, penganjuran sukan komuniti ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan di antara penduduk setempat.

Pak Wan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
“Penyertaan melibatkan penduduk-penduduk di Zon 3 yang meliputi Taman Tulip, Taman Meranti, Taman Bunga Raya, Taman Bukit Timah dan Taman Akasia. Antara aktiviti dijalankan adalah senamrobik, sukaneka serta pemeriksaan kesihatan.
“Aktiviti sukan, terutamanya yang melibatkan penyertaan ramai, dapat membina semangat kekitaan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat. Ini kerana, sukan memerlukan interaksi dan kerjasama antara peserta, yang secara tidak langsung dapat memperkukuh hubungan silaturahim,” jelasnya yang ditemui di Dewan Taman Meranti, di sini kelmarin.
Turut hadir Pegawai Khas Menteri Besar Perak (DUN Pengkalan Hulu) Salehuddin Isa.
-ZS-