Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

KPDN, TNG Digital Lancar Business Account Bantu PMKS Urus Perniagaan Secara Digital

By 42 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/KPDN

PETALING JAYA, 19 Jun (MalaysiaAktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperkukuh usaha pendigitalan sektor peruncitan negara.

Langkah terbaharu adalah melalui pelancaran Business Account oleh TNG Digital Sdn. Bhd., rakan strategik utama kementerian menerusi Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI).

Fuziah bertanya sesuatu kepada salah seorang petugas reruai PMKS yang menggunakan sistem Business Account

Menurut Timbalan Menteri KPDN Senator Dr. Fuziah Salleh, langkah berkenaan sebagai satu transformasi penting menyokong Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mengadaptasi sistem pembayaran tanpa tunai dan menguruskan perniagaan secara lebih cekap.

Business Account ini hadir dengan ciri keselamatan, pemantauan transaksi serta fleksibiliti yang dipertingkatkan bagi membantu para peniaga mengurus operasi dengan lebih baik.

“Inisiatif ini seiring dengan komitmen kerajaan dalam membina masyarakat tanpa tunai serta merapatkan jurang digital, terutama di kawasan luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, KPDN turut merancang pelaksanaan Program Kembara ReDI di Zon Sabah dan Sarawak hujung bulan ini.

Jelas Fuziah, ia akan memberi tumpuan kepada advokasi, pendaftaran e-dompet, serta diserikan dengan Program Jualan RAHMAH MADANI dan aktiviti kepenggunaan.

“Diharapkan pelancaran TNG Digital ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi industri ke arah memperkukuh ekosistem perdagangan domestik dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Inisiatif seperti ini bukan hanya melibatkan teknologi, tetapi memastikan setiap lapisan masyarakat turut meraih manfaat ekonomi baharu,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda