Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pelajar PPKI SK Sungai Korok Lama Gembira Lawatan Perpustakaan Awam Negeri Kedah

By 12 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Abdullah (Padang Terap)

ALOR SETAR, 19 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 35 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama, di sini gembira menyertai lawatan sambil belajar yang memberi pengalaman bermakna kepada mereka.

Lawatan melibatkan dua destinasi utama iaitu Perpustakaan Awam Negeri Kedah di Jalan Kolam Air dan City Plaza, semalam turut disertai guru pengiring dan ibu bapa pelajar, sekali gus mencipta suasana sokongan dan kebersamaan yang erat.

Pelajar PPKI bersama guru di sudut kanak-kanak bermain blok kayu sebahagian dari rangsangan deria.

Di perpustakaan, para pelajar diberi peluang untuk meneroka dunia pembacaan dalam suasana yang mesra kanak-kanak dan kondusif, melihat pelbagai jenis buku serta mengikuti aktiviti santai yang dianjurkan khas untuk pengunjung cilik.

Lawatan ini juga bertujuan menggalakkan minat membaca serta memperkenalkan pelajar kepada kemudahan-kemudahan yang disediakan di perpustakaan awam.

Seterusnya, pelajar dibawa ke City Plaza untuk menyertai pertandingan boling yang diadakan sebagai satu bentuk terapi motor.

Aktiviti ini direka khusus bagi membantu meningkatkan koordinasi fizikal dan fokus pelajar selain memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi secara sosial dalam suasana yang menyeronokkan.

Daniel Mikail, 8, melahirkan rasa gembira kerana berpeluang menyertai pertandingan boling.

Taklimat oleh Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Intergrasi, Cikgu Asmunir berkenan bangunan di sekitar Perpustakaan Awam Negeri Kedah dan peranannya kepada masyarakat setempat.

“Saya seronok sangat main boling. Seronok juga pergi perpustakaan, banyak buku dan tempat tu cantik,” katanya dengan penuh ceria.

Guru Penyelaras PPKI Mohamad Asmunir Ibrahim, berkata lawatan seperti ini sangat bermanfaat bagi perkembangan pelajar, bukan sahaja dari segi pembelajaran, malah dalam aspek emosi dan sosial.

“Aktiviti sebegini akan diteruskan pada masa akan datang supaya dapat terus memberikan pendedahan dunia luar kepada pelajar pendidikan khas.

“Program ini mencerminkan usaha berterusan pihak sekolah dalam menyediakan pendidikan inklusif dan menyeluruh untuk semua murid, termasuk yang berkeperluan khas,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda