
Laporan/foto: Noor Aini/Ahmad Burhanuddin Helmi
KANGAR, 21 Jun (MalaysiaAktif) – Insentif Cekap Tenaga akan dinikmati oleh para pengguna domestik di bawah 1000 kilowatt-jam (kWj).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga, petang semalam, ia dilihat masih menjaga 23.6 juta pengguna domestik.

Maziah merasa lega kerana Jadual Elektrik Baharu tidak memberi kesan kepada nya sebagai pengguna domestik di bawah 1000 kWj.
“Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang telah diluluskan oleh Kerajaan.
“Penetapan tarif ini akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027 di bawah kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive-Based Regulation – IBR), selaras dengan peruntukan Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990,” menurut kenyataan tersebut.
Suri rumah Maziah Abd Hamid, 48, ketika ditemui di pangsapuri Flat Seri Sena semalam, berkata beliau adalah pengguna domestik yang akan menikmati jadual tarif terbaru di bawah 1000 kWj.

Insentif Cekap Tenaga masih dinikmati oleh 23.6 juta pengguna.
“Bil elektrik saya setiap bulan adalah di bawah 1000 kWj yang mana, insentif cekap tenaga tersebut, akan dinikmati seisi rumah”, ujarnya ketika ditemui di wakaf Pangsapuri Seri Sena.
Mazni Shahidan, 58 yang juga seorang suri rumah turut, berkata penyelarasan kadar purata tarif asas elektrik tidak terkesan kepada beliau sekeluarga kerana penggunaan elektrik di kediamannya hanya bernilai RM60 sahaja.
“Saya melihat, kerajaan masih menjaga rakyat golongan B40 terutamanya dalam Jadual Elektrik Baharu tersebut,” ujarnya.
-ZS-