Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Stor Penyimpanan Lori dan Kilang Minyak Enjin Musnah Dalam Kebakaran

By 20 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 21 Jun (MalaysiaAktif) — Sebuah stor penyimpanan lori dan sebuah kilang minyak enjin musnah dalam satu kebakaran besar yang berlaku di Jalan Cenderai 27, Taman Kota Puteri, Masai, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Zon 1, Penguasa Bomba Johor, Rosfarawadi Ismail berkata siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca berlakunya kebakaran besar dan meneliti kerugian yang ditanggung

Menurut Timbalan Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Penguasa Kanan Bomba Rosfarawadi Ismail, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.55 tengah hari.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, api sudah marak dan telah memusnahkan beberapa premis lain di kawasan berhampiran termasuk pusat mencuci kenderaan, tempat penyimpanan bahan kitar semula, stor minyak hitam, bahan kimia sabun serta kawasan parkir lori,” katanya.

Tambah beliau, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut kerana kawasan berkenaan hanya digunakan sebagai tempat meletak lori oleh para pekerja.

Api yang marak telah memusnahkan lima kilang yang ada di sekitar kawasan berkenaan yang mana kawasan ini juga berdekatan dengan kawasan perumahan penduduk kira-kira hampir 100 meter

“Tindakan pantas diambil bagi memastikan keselamatan penduduk sekitar dan memberikan ruang yang selamat untuk pasukan penyelamat menjalankan operasi pemadaman dengan lebih berkesan,” jelas beliau ketika ditemui di lokasi kejadian.

Operasi pemadaman melibatkan lebih 30 anggota bomba dengan bantuan aset dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Tebrau, Larkin, Kota Tinggi serta pasukan bomba sukarela dari Ulu Tiram dan Mount Austin.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

-AA-

Tinggalkan komen anda