Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pameran Aset Ketenteraan Serikan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah

By 45 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Kedah)

ALOR SETAR, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Suasana penuh patriotik dan kemeriahan jelas terpancar di Dataran Medan Bandar di sini apabila rakyat negeri Kedah berpeluang menyaksikan pameran aset ketenteraan bersempena Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, semalam.

Lintas Hormat oleh dua buah pesawat EC 120 Bravo.

“Saya sangat teruja melihat aset-aset ketenteraan yang dipamerkan pada hari ini (Ahad), ia memberi satu pengalaman yang berharga buat saya dan adik saya,” kata salah seorang pengunjung Rayyan Hakimi Mohd Tarmizi, 10, ketika ditemui semalam.

Rayyan Hakimi Tarmizi bersama adiknya.

?Sempena Istiadat Perbarisan Kehormatan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan pada kali ini turut diadakan pameran Aset Ketenteraan oleh 6 RAMD, 3 RAD Amor Diraja dan Rejimen 513 Askar Wataniah dengan mempamerkan aset-aset tentera darat di Perkarangan Dataran Medan Bandar khusus sempena Istiadat Perbarisan Kehormatan Tuanku Sultan Kedah Ke-83 selama dua hari bermula kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda