Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohorVideo

Pulau Tanjung Surat – Keindahan dan Keunikan Warisan

By 1 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/video: Shahqrul Azim/Azrul Mubarak(Kota Tinggi) 
KOTA TINGGI, 28 Mei (MalaysiaAktif)– Hutan bakau yang menghijau dan permainan tradisional Jong yang unik menjadikan Pulau Tanjung Surat antara destinasi yang semakin menyerlah menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
Terletak di perairan daerah Kota Tinggi, pulau ini menawarkan keindahan semula jadi yang memukau serta nilai warisan budaya yang masih utuh dipelihara.
Menurut Penghulu Mukim Tanjung Surat, Mohd Haziq Zakaria, pulau ini merupakan sebuah permata tersembunyi yang kini semakin mendapat perhatian pelancong dari dalam dan luar negara.
“Sempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, kami mengalu-alukan kedatangan pelancong tempatan serta dari negara-negara ASEAN untuk merasai sendiri keunikan Pulau Tanjung Surat, daripada keindahan hutan bakaunya sehinggalah pengalaman menyaksikan permainan Jong tradisional yang diwarisi turun-temurun,” katanya.
Dengan kombinasi alam semula jadi yang masih terpelihara dan budaya tempatan yang kaya, Pulau Tanjung Surat bersedia menjadi tumpuan pelancongan serantau dan warisan Johor yang membanggakan.
-ZS-

Tinggalkan komen anda