
Laporan/Foto: Latifah Abdul Latip/Magdellina Alfred Jeho/Mohd Aszary Iskanadar (Sarawak)
SARIKEI, 23 Jun (Malaysia Aktif) – ‘Ranyai’ merupakan simbolik kepada perkongsian rezeki, kebersamaan dan keharmonian dalan kehidupan masyarakat ataupun penduduk rumah panjang yang melaksanakannya.

Cikgu Aing Simin memberi penerangan ringkas tentang makna dan simbolik ‘Ranyai’ kepada penduduk Rumah Panjang Ngelai.
‘Ranyai’ akan dibuat secara bergotong royong oleh penduduk rumah Panjang dan pada setiap dahan Pokok Ranyai akan dihias ataupun di gantung dengan pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai lambang rezeki.
“‘Ranyai’ tersebut dipercayai membawa rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan dan kesejahteraan kepada penduduk rumah panjang / masyarakat” ujar Cikgu Aing Simin, 45, seorang Penduduk Rumah Ngelai@Enggie Empawi, semalam.

Acara ‘Ranyai’ disempurnakan oleh Wakil ADUN Repok, Penghulu William Tandang sebagai simbolik permulaan perkongsian rezeki.
Menurut beliau juga kewujudan ‘Ranyai’ dalam Majlis Perayaan Gawai Dayak amat penting kerana dari ‘Ranyai’, penduduk di rumah panjang tersebut akan dirahmati dengan mendapat rezeki yang melimpah ruah dan keharmonian dalam menempuh kehidupan semasa.-RJ-