Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

150 Pelajar Teruja Jalani Simulasi Pilihan Raya

By 17 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Firdaus Rashid/Muhammad Alif

BALIK PULAU, 26 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 150 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau berpeluang merasai sendiri pengalaman sebenar proses pilihan raya menerusi simulasi yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Pulau Pinang melalui Program JIWA@Kelab Malaysiaku yang berlangsung semalam.

Sekitar suasana proses simulasi pilihan raya berlangsung.

Pelajar Tingkatan Enam termasuk ahli Kelab Malaysiaku turut diberi peranan sebagai petugas SPR, sekali gus menambah kefahaman terhadap sistem demokrasi negara.

Taklimat berkaitan Undi 18 dan pendidikan pengundi turut disampaikan oleh Pegawai SPR Negeri Pulau Pinang Azwan Aziz.

Pengetua sekolah Rohaya Yahya, menyifatkan program ini sebagai inisiatif berkesan dalam meningkatkan kesedaran pelajar terhadap sistem demokrasi negara.

Sesi bergambar bersama peserta program.

“Ia memberi pendedahan berguna kepada pelajar agar mereka lebih peka dan memahami tanggungjawab sebagai pengundi pada masa hadapan,” katanya.

Bagi pelajar Farah Nur Amani Aqilah, 18, ini merupakan pengalaman pertamanya menyertai simulasi pengundian.

“Sebelum ini saya hanya tahu melalui buku dan guru, terujanya kali ini sebab saya dapat merasai sendiri proses pengundian,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda