Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

PENTARAMA X Kelab Malaysiaku Gegar Al-Mashoor

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir/Harussani Zakaria

AYER ITAM, 26 Jun (MalaysiaAktif) – Program Jelajah PENTARAMA X Kelab Malaysiaku yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki), di sini semalam mencuri perhatian serta menarik penyertaan pelajar melalui pendekatan santai berkonsepkan hiburan berinformasi.

Salah seorang pelajar memperagakan busana tradisional negara Thailand.

Program anjuran Jabatan Penerangan ini membuka tirai dengan penerangan objektif serta pengenalan kepada Kelab Malaysiaku diikuti persembahan bertenaga daripada artis-artis PENTARAMA.

Turut serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengendalikan taklimat interaktif berkaitan Kempen Internet Selamat.

Antara yang mencuri tumpuan adalah peragaan busana tradisional negara-negara ASEAN oleh para pelajar yang memperlihatkan semangat serumpun dan mengangkat kepelbagaian budaya serantau.

Para pelajar turut didedahkan dengan maklumat berkaitan kepengerusian ASEAN sebelum diakhiri dengan sesi kuiz dan penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah.

Lebih 300 pelajar SMKA Al- Mashoor hadir memeriahkan Jelajah Pentarama X Kelab Malaysiaku.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang Hasmiza Hussin dan Timbalan Pengarah PENTARAMA Amsyari Mohamad Suhaimi.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Timur Laut Siti Hafsah Zainal Abidin, pendekatan seumpama ini sangat efektif dalam menjangkau hati golongan muda.

β€œBila mesej disampaikan dalam bentuk hiburan dan interaktif, pelajar lebih mudah faham dan serap maklumat,” katanya.

Program ini membuktikan bahawa konsep hiburan berinformasi mampu menjadi jambatan antara agensi kerajaan dan generasi muda dalam menyampaikan mesej-mesej nasional secara berkesan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda