Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

‘Membangun Ummah MADANI’ Tema Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka

By 4 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh

JASIN 28 Jun (MalaysiaAktif) – Sambutan Maal Hijrah 1447H Peringkat Negeri Melaka bertemakan ‘Membangun Ummah MADANI’ yang berlangsung di Majlis di Masjid Al-Hakeem, Kampung Tehel, di sini kelmarin disambut dengan semangat MADANI yang menyatukan bukan sahaja secara rohani, tetapi juga dalam tindakan.

Majlis penyampaian Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka.

Majlis disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam  dan isteri Toh Puan Asmah Abdul Rahman.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, berkata tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan RM 86,000 bagi menghargai 12 Tokoh Maal Hijrah.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Azmar Talib, Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd atas penganugerahan Tokoh Maal Hijrah (Anugerah Abu Bakar As-Siddiq), yang menerima wang tunai RM10,000 dan pakej umrah.

Tun Dr Mohd Ali turut bersama memeriahkan sambutan Maal Hijrah 1447H Peringkat Negeri Melaka.

“Saya amat berharap penganugerahan ini memberi suntikan dan inspirasi kepada semua rakyat Melaka untuk turut serta menyumbang jasa kepada pembangunan Islam.

“Kerajaan negeri bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) turut merangka lebih 30 program sepanjang bulan Muharam demi mengimarahkan sambutan bersama rakyat. Semoga sambutan ini memperkukuh ukhuwah, membawa keberkatan dan menanam nilai MADANI dalam jiwa masyarakat,” ujarnya.

-FN-

Tinggalkan komen anda