Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Nanas Kita, Kebanggaan Negara

By 7 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 28 Jun (MalaysiaAktif) – Nanas merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi negara dengan nilai eksport dan produk nanas Malaysia melebihi RM1 bilion.

Mohamad Sabu menyampaikan Anugerah Nanas Pro Tani Usahawan Muda kepada Mohd Nasry Mohd Nasir.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, berkata Johor masih kekal sebagai pengeluar nanas utama negara kerana mempunyai kawasan tanah yang baik dan subur untuk penanaman nanas dengan berskala besar.

“Kita bukan semestinya memberikan fokus pada satu-satu tempat. Sekarang ini negeri-negeri lain terutamanya Sarawak sedang diteliti untuk membuka ladang-ladang baharu secara sistematik,” katanya.

Mohamad, berkata selain itu kerajaan sedang mempergiatkan usaha untuk kempen makan buah-buahan tempatan supaya dapat mengurangkan kebergantungan terhadap buah import selain membantu meningkatkan pendapatan petani.

Sesi bergambar bersama tetamu yang hadir dalam majlis pelancaran Hari Nanas Malaysia 2025 di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru, semalam.

“Penggunaan buah tempatan dalam acara kerajaan sangat digalakkan bagi menyokong ekonomi negara selain dapat memberi peluang kepada petani tempatan untuk memasarkan hasil tanaman mereka,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Hari Nanas Malaysia 2025 di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Syeikh Umar Bagharib Ali dan Pegerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.

-FN-

Tinggalkan komen anda