Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Surau Al Qadr Krubong Perdana Perluas Aktiviti Kemasyarakatan Setempat

By 6 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

PAYA RUMPUT, 28 Jun (MalaysiaAktif) – Masjid atau surau bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, malah kini memainkan peranan penting sebagai pusat pembangunan sosial dan aktiviti kemasyarakatan.

Marwan turut sama menderma darah.

Menurut Pengerusi Surau Al Qadr Marwan Azar, 48, pendekatan surau sebagai pusat komuniti telah mengeratkan hubungan antara penduduk tanpa mengira usia mahupun latar belakang.

“Seperti program Kempen Derma Darah anjuran pihak surau dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Melaka bertemakan ‘Setitis Darah, Sejuta Harapan’ yang berlangsung semalam, ia amat bermakna kerana satu beg darah boleh menyelamatkan tiga nyawa dan satu amal jariah yang tidak ternilai,” katanya, di sini semalam.

Penduduk Taman Krubong Perdana hadir menderma darah, semalam.

Menurutnya, program tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan menderma darah secara berkala, menarik penderma baharu terutamanya golongan muda selain untuk menstabilkan bekalan darah di hospital.

“Dengan peranan yang semakin meluas, surau dilihat bukan sekadar rumah ibadah, tetapi juga simbol perpaduan, ilmu, dan khidmat sosial yang menyeluruh untuk masyarakat Islam,” ujarnya.

-FN-

Tinggalkan komen anda