Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pelajar Bukan Melayu Serlah Bakat Bersyair

By 10 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham (Jerantut)

JERANTUT, 29 Jun (MalaysiaAktif) – Pelajar bukan Melayu memukau khalayak dengan alunan syair dalam Pertandingan Syair sempena Program Budaya @ Komuniti Pulau Tawar Kampung Kas yang berlangsung selama dua hari, di sini semalam.

(Duduk tengah di hadapan) Hemalan segak berbaju Melayu lengkap bersampin dan bertanjak ketika menunggu giliran.

Hemalan Kanesan, 13, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Saujana ini mula berjinak dengan dunia syair sejak berusia 10 tahun yang mana bakat digilap oleh guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya dan kini diteruskan oleh pendidik di sekolah menengahnya.

ā€œIni kali kedua saya masuk pertandingan, memang gementar, tapi seronok sebab dapat bersyair macam orang Melayu dulu-dulu,ā€ katanya dengan senyuman, sejurus selesai membuat persembahan.

Peserta pertandingan bergambar kenang-kenangan.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang ini merupakan antara acara utama program yang bertujuan memupuk semangat cintakan seni budaya tempatan serta menghidupkan semula warisan tradisional masyarakat Melayu.

Program ini turut mendapat sokongan padu daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kedondong/Kampung Masjid, JPKK Kampung Perian/Kampung Bandar, JPKK Kampung Bukit Rang serta Komuniti MADANI Bukit Rang menjadikan penganjuran lebih meriah.

-FN-

Tinggalkan komen anda