Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Kerajaan MADANI akan sentiasa menjadi ‘NANBA’ Kita

By 45 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rajeswari Anbazagan/Ahmad Suhaimi

KUALA LUMPUR, 30 Jun (MalaysiaAktif) – “Kerajaan MADANI akan sentiasa menjadi NANBA anda” kata Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil ketika berucap merasmikan program Nadi Aspirasi Nasional Bersama Anak Muda (NANBA) di IWK Eco Park @ Pantai Dalam, di sini semalam.

Seramai 400 orang daripada pelbagai kaum turut terlibat dalam program ini.

“Kerajaan MADANI akan sedaya upaya berusaha membantu rakyat khususnya dalam menyelesaikan pelbagai isu di lapangan,” katanya.

NANBA diilhamkan daripada perkataan Tamil bermaksud kawan yang melambangkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh hubungan erat bersama komuniti India khususnya dalam kalangan belia selain memperluas penyampaian maklumat kerajaan secara inklusif dan berkesan.

Dalam pada itu, Fahmi turut menyentuh berkaitan Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) khususnya mengenai keputusan terbaharu kerajaan mengenai buah epal dan oren yang dikecualikan daripada peluasan SST memandangkan buah-buahan tersebut merupakan keperluan harian rakyat Malaysia.

Di samping itu juga, beliau turut menjelaskan bahawa pelaksanaan Penstrukturan Semula Tarif Elektrik di bawah IBR -RP4 akan menyaksikan sebanyak 85 peratus pengguna domestik pemilik akaun dijangka terus menikmati kadar elektrik yang sama atau lebih rendah, sekiranya penggunaan tidak melebihi 1,000 kilowatt/jam sebulan bermula 1 Julai ini.

Pelbagai reruai pameran agensi kerajaan dan swasta turut mengambil bahagian.

Turut hadir Ahli Parlimen Batu yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) Prabakaran M Parameswaran

Penganjuran Program NANBA diharap dapat menyemarakkan semangat kebersamaan, meningkatkan celik maklumat dalam kalangan komuniti India serta menyokong aspirasi nasional ke arah masyarakat yang progresif, inklusif, sejahtera dan bersatu padu.

Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya seperti mencari harta karun, pertandingan mewarna, aktiviti riang ria bersama McDonald’s, reruai perkhidmatan oleh Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Jualan Rahmah MADANI.

-FN-

Tinggalkan komen anda