Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pusat Pengumpulan Durian Bantu Lonjak Pendapatan Pekebun Kecil Relau

By 8 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aidil Azhar/Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 2 Jul (MalaysiaAktif) – Musim durian kembali memeriahkan daerah Relau dengan kehadiran buah luruh yang banyak sejak minggu lalu, menjadikan kawasan ini antara lokasi tumpuan utama peminat durian di utara tanah air.

Bandar Baharu yang semakin dikenali sebagai ‘Daerah Durian’ turut menyaksikan pembukaan sebuah pusat pengumpulan durian oleh usahawan tempatan, Mohd Zun Yusuf, 30, bagi membantu pekebun kecil memasarkan hasil mereka secara lebih tersusun.

Mohd Zun (kanan) membeli terus durian daripada pekebun tempatan dan mengumpulkannya di pusat berkenaan sebelum dijual kepada pelanggan atau diedarkan ke luar kawasan.

Mohd Zun membeli terus durian daripada pekebun tempatan dan mengumpulnya di pusat berkenaan sebelum dijual kepada pelanggan atau diedarkan ke kawasan luar.

“Di sini tiada peraih lain. Saya satu-satunya yang mengumpul durian dan ini membuka ruang kepada pekebun kecil menambah pendapatan. Pada hujung minggu dan cuti umum, pengunjung memang ramai,” katanya, di sini semalam.

Usaha berkenaan disambut baik pekebun Abdul Rahim Salleh, 50, yang tidak lagi perlu ke luar bagi menjual hasil kebunnya.

“Kebun saya boleh hasilkan hampir 300 kilogram durian sehari. Dengan adanya pusat pengumpulan ini, saya tak risau durian rosak kerana ia terus dijual dan diagihkan,” katanya.

Lambakan buah durian yang semakin banyak setiap hari habis dijual atau dibeli oleh pelanggan yang datang sendiri ke pusat pengumpulan tersebut.

Sementara itu, Fauzi Fadzil, 45, yang datang dari Nibong Tebal berkata beliau sanggup ke Relau kerana duriannya segar dan berharga berpatutan.

“Saya memang peminat durian. Di sini, buahnya baru luruh dan baunya sangat menggoda. Harga pun sangat mampu milik,” katanya.

Kewujudan pusat berkenaan ternyata satu langkah positif dalam memperkukuh rantaian bekalan hasil pertanian secara langsung daripada ladang kepada pengguna, selain menyokong industri agro pelancongan tempatan.

-FN-

Tinggalkan komen anda