
Laporan/foto: Fatin Nabila/Intan Iryani (Kedah)
ALOR SETAR, 3 Jul (Malaysiaaktif) – Hidangan tradisional Malaysia terus berevolusi dengan pelbagai sentuhan moden.

Hidangan cucur udang bersama kuah ronda.
Antara yang mencuri perhatian ialah makanan lejen sejak tahun 1979 seperti cucur udang dan pasembor kuah ronda bersama bebola ketam, cucur jagung, bebola sotong, kek ikan dan colek hasil jualan pengunjung gerai di Medan Selera Hospital Lama Alor Setar.
Gabungan klasik cucur udang yang rangup di luar dan lembut di dalam, disajikan bersama kuah ronda yang pekat dan beraroma rempah-ratus, kini dipertingkatkan lagi dengan rasa bebola ketam yang manis dan kenyal, menjadikan hidangan ini lebih mewah namun masih mesra poket.

Antara cucur udang bersama bebola-bebola ketam.
“Sejak kecil saya dah makan cucur ini, rasa dia tetap sama sampai sekarang,” kata salah seorang pengunjung Mohd Tarmizi Khairodin, 39, yang ditemui semalam.
Rata-rata pelanggan memuji keserasian antara cucur udang yang padat dengan udang segar, kuah ronda yang kaya dengan rempah, serta bebola ketam yang memberi tekstur tambahan yang menarik.
-FN-