Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pekan Buah jadi Tumpuan Pembeli, Peminat Buah-Buahan Tempatan

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila/Intan Iryani (Kedah)

ALOR SETAR, 3 Jul (MalaysiaAktif) – Pekan Buah yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar terus menjadi lokasi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong yang ingin mendapatkan pelbagai jenis buah-buahan segar terutama hasil tempatan seperti durian, manggis dan rambutan.

Antara buah-buahan yang dijual di situ.

Deretan gerai dan khemah mula beroperasi seawal pukul 7 pagi, dengan suasana yang meriah dan penuh warna-warni hasil susunan buah-buahan ternyata menarik perhatian pengunjung.

Pekan Buah bukan sahaja menawarkan harga berpatutan, malah menjadi pusat edaran buah dari seluruh negeri dan kawasan di sekitar utara Semenanjung.

Seorang pengunjung tetap, Norsidah Hashim, 67, berkata beliau lebih gemar membeli di situ kerana buahnya segar dan peniaga sangat mesra pelanggan.

Buah-buahan tempatan mahupun import yang dijual di sini.

“Di sini saya boleh tawar-menawar dan peniaga pun jujur. Setiap kali musim buah, saya tak akan lepaskan peluang datang ke sini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pekan Buah sememangnya penting dalam merancakkan ekonomi peniaga kecil dan pertanian tempatan, apabila ramai pekebun dari daerah Sik, Baling dan Yan turut membekalkan hasil mereka ke pasar tersebut setiap hari.

Dengan peningkatan kunjungan dan sokongan masyarakat setempat, Pekan Buah kini bukan sahaja menjadi pusat jualan buah-buahan, malah simbol kepada kekayaan hasil bumi negeri Jelapang Padi ini.

-FN-

Tinggalkan komen anda