Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Aktiviti Lari Kutip di Pantai Telok Kerang Bantu Kenal Pasti Kawasan Berisiko Terhakis

By 8 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Mazlin Basir (Pontian)

PONTIAN, 4 Jul (MalaysiaAktif) – Titik koordinat kawasan berisiko berlakunya hakisan pantai serta kawasan sensitif alam sekitar bagi pemantauan jangka panjang telah dikenal pasti menerusi Program Lari Kutip di Pantai Telok Kerang, di sini semalam.

Mohd Hisyam berkata program lari kutip itu turut berperanan mengenal pasti dan merekod titik koordinat kawasan berisiko hakisan di sepanjang Pantai Telok Kerang.

Penghulu Mukim Rimba Terjun merangkap Ketua MADANI Kampung Seri Bunian Mohd Hisyam Mazlan berkata program yang dihadiri lebih 100 peserta itu turut berperanan menyemai kesedaran tentang kepentingan pengurusan pantai yang sistematik.

 

 

“Ia juga merupakan sebahagian daripada langkah awal dalam menghadapi kemungkinan bencana alam seperti ribut atau ombak besar. Pada masa sama, program ini juga menggalakkan kerjasama antara komuniti dan agensi dalam memelihara khazanah semula jadi,” katanya.

Aktiviti senamrobik turut diadakan bagi memeriahkan program.

 

Menurutnya lagi, aktiviti seumpama itu memberi peluang kepada orang ramai untuk melibatkan diri dalam program bercorak pendidikan dan kesihatan, sekali gus mengeratkan hubungan masyarakat setempat.

Program sehari itu turut mendapat sokongan daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Perbandaran Pontian.

Program anjuran Komuniti MADANI Kampung Seri Bunian bersama Pentadbiran Mukim Rimba Terjun itu dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebelum diteruskan dengan aktiviti pembersihan pantai secara sukarela.

-FN-

Tinggalkan komen anda