Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

WRUR Bukti Kerajaan Melaka Tangani Isu Akar Umbi

By 17 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zarul Afify/Facebook Ab Rauf Yusoh

JASIN, 6 Jul (MalaysiaAktif) – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) menjadi bukti komitmen kerajaan negeri yang sentiasa mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat secara langsung.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusof berkata WRUR yang berlangsung selama dua minggu itu bukan sekadar platform mendekati rakyat sebaliknya menjadi medan tindakan penyelesaian masalah di peringkat akar umbi secara nyata.

“Sepanjang tempoh ini, 148 aktiviti dijalankan manakala lebih 90 peratus aduan rakyat berjaya diselesaikan,” katanya ketika majlis penutupan WRUR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, di sini semalam.

Ketua Menteri Melaka turut serta dalam pertandingan memasak Wanita Bemban.

Beberapa buah sekolah telah dimaklumkan menerima penaiktarafan infrastruktur pendidikan, manakala pembinaan laluan alternatif baharu dilaksanakan bagi meningkatkan keselesaan dan akses penduduk.

Bantuan turut disalurkan kepada ribuan penerima melalui pelbagai agensi, termasuk sumbangan keperluan asas dan perkhidmatan sokongan komuniti.

Tumpuan juga diberikan kepada kawasan terjejas banjir dengan kerja-kerja tebatan segera dilaksanakan di beberapa lokasi kritikal.

Lawatan Ketua Menteri Melaka ke ruang pameran agensi.

Di samping itu, projek besar tebatan banjir sedang dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan penduduk.

Inisiatif pendigitalan turut digerakkan menerusi pengedaran pelekat alamat digital yang akan memudahkan urusan penghantaran, kecemasan dan perkhidmatan awam di kampung-kampung terlibat.

Ab Rauf turut mengumumkan insentif kerajaan negeri termasuk diskaun kompaun pihak berkuasa tempatan dan pengurangan cukai tanah sebagai usaha meringankan beban rakyat di peringkat akar umbi.

-FN-

Tinggalkan komen anda