
Laporan/foto: Faeizah Ahamad (Kota Setar)
KOTA SETAR, 8 Jul (MalaysiaAktif) – Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTREC) menjadi antara usaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Titi Gajah Alor Setar dalam mendidik masyarakat mengutamakan kebersihan dan memacu agenda kelestarian alam.

Sesi pendaftran ahli melalui kod QR.
Pusat pengumpulan bahan kitar semula itu dilengkapi gabungan teknologi digital, automasi dan prinsip ekonomi untuk membentuk sebuah ekosistem yang mampu beroperasi 24 jam tanpa tenaga kerja tetap.
Pengarah Urusannya, Ir. Mhd Saiful Anuar Zainal berkata ADTREC turut menawarkan perlindungan insuran asas kemalangan diri melalui Trash4Protection.
“Ini adalah contoh terbaik bagaimana amalan kitar semula boleh diperluaskan manfaatnya kepada alam sekitar, bahkan kepada perlindungan sosial masyarakat.

Tatacara pembuangan bahan terbuang oleh Pengerusi JPKKP Kampung Titi Gajah.
“Malah, dengan kelebihan menyumbangkan bahan kitar semula bernilai RM12 setahun, individu layak menerima perlindungan termasuk
khairat kematian, bantuan perubatan dan kos pengkebumian,” katanya, di sini kelmarin.
Bagi bulan Jun 2025, pusat operasi itu berjaya mengumpul bahan kitar semula sehingga 12,249 kilogram.
-FN-