Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Penjawat Awam Nadi Kestabilan, Kemajuan Negara

By 8 Julai 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fandy Azam/Facebook Ab Rauf Yusoh (Melaka Tengah)

MELAKA, 8 Jul (MalaysiaAktif) – Penjawat awam adalah nadi kepada kestabilan dan kemajuan negara, kata Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusof.

Beliau berkata golongan itu bukan sekadar melaksanakan dasar namun menjadi cerminan nilai kerajaan kepada rakyat serta setiap tindakan mahupun keputusan adalah wajah sebenar kerajaan kepada akar umbi.

Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh, ketika menyampaikan ucapan.

“Ia menuntut lebih daripada sekadar pelaksanaan dasar yang menyokong Kemampanan, memperjuangkan Kesejahteraan, merangsang Daya Cipta, menzahirkan Hormat, memperkukuh Keyakinan dan membudayakan Ihsan dalam setiap aspek perkhidmatan.

 

“Reformasi ini menuntut anjakan menyeluruh dalam cara mentadbir dan melaksanakan tanggungjawab di semua peringkat perkhidmatan awam yang mana merupakan langkah transformasi yang amat signifikan dalam memperkukuh kecekapan, ketelusan dan daya tahan sistem penyampaian kerajaan masa kini,” katanya.

Antara tetamu yang hadir

Beliau berkata demikian ketika penganjuran Program Jelajah Taat Setia MADANI Peringkat Negeri Melaka di Melaka International Trade Centre (MITC), di sini semalam.

Manifestasi usaha untuk membina kefahaman yang tuntas terhadap hala tuju nasional menjadi teras pentadbiran kepada penjawat awam dalam penganjuran program berkenaan.

-AA-

Tinggalkan komen anda