Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kampung Masjid Terajui Pertanian Moden Melalui Projek Cili Fertigasi

By 17 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari/Mohd Fikri Hakim Mohamad Ariffin (LMS)

IJOK, 9 Jul (MalaysiaAktif) – Projek penanaman cili fertigasi di bawah inisiatif SejaTi MADANI yang diusahakan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Masjid terus mencuri tumpuan apabila berjaya membuktikan potensi pertanian moden dalam menjana pendapatan seterusnya menyokong agenda MADANI.

Kamal ketika ditemui.

Menurut pengusaha cili Kamal Ezany Azizan, 31, projek ini menyediakan peluang pekerjaan kepada enam orang pekerja tetap terdiri daripada penduduk kampung sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi komuniti setempat.

“Penanaman cili bermula pada Oktober 2024 dengan pelaksanaan sistem fertigasi yang lebih sistematik dan efisien.

“Meskipun tanaman cili ini mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu hanya tiga hari selepas dipetik, namun permintaannya kekal tinggi di pasaran,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Projek Fertigasi Cili, di Kampung Masjid, di sini kelmarin.

Tambah Kamal, permintaan untuk cili segar sentiasa tinggi terutama dari pemborong dan pengusaha makanan.

“Sebanyak 2,420 beg tanaman telah berjaya dihasilkan sejak projek ini dimulakan. Hasil tuaian akan terus dihantar ke pasar borong dengan anggaran harga pasaran mencecah RM400 bagi setiap satu tan iaitu sekitar RM40 sekilogram bergantung kepada kualiti dan permintaan semasa.

Sesi bergambar seusai program.

“Kami bersyukur kerana pendekatan fertigasi ini bukan sahaja menjimatkan ruang dan kos malah mampu memberikan hasil yang konsisten,” ujarnya.

JPKK Kampung Masjid kini dalam perancangan untuk memperluas kawasan tanaman serta menambah bilangan beg fertigasi bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Hadir merasmikan program Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama Mohd Nasrul Menhat.

-RI

Tinggalkan komen anda