Skip to main content
Berita TimurBerita TempatanKelantan

Taklimat Tarif Elektrik Tingkat Kesedaran Pengguna Luar Bandar

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nik Aula Nik Soh/Mohd Radzi Yusof

KUALA KRAI, 10 Jul (MalaysiaAktif) – Seramai 50 penduduk Kampung Bukit Sireh, di sini menghadiri sesi taklimat mengenai penstrukturan semula tarif elektrik yang diadakan di sebuah kedai makan tempatan, semalam.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kuala Krai dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu bertujuan memberikan penjelasan secara terus kepada masyarakat luar bandar mengenai perubahan dalam struktur tarif elektrik dan kesannya terhadap pengguna.

Ucapan alu-aluan Ketua Komuniti MADANI Aspirasi Mengkebang.

Pengurus TNB Daerah Kuala Krai Mohd Shukri Yaacob, menerangkan secara terperinci perubahan tarif baharu yang diperkenalkan serta langkah-langkah penjimatan tenaga yang boleh diamalkan oleh pengguna dalam kehidupan seharian.

Penduduk yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum, termasuk masyarakat Melayu dan India.

Salah seorang peserta Lecthumi Maniam, 36, mewakili komuniti India setempat, turut berkongsi pandangan serta mengemukakan beberapa soalan berkaitan isu penggunaan elektrik di kawasan kampung.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Kuala Krai Nik Aula Nik Soh, program seumpama ini akan diteruskan di kawasan-kawasan lain dalam daerah sebagai langkah memperluas pemahaman masyarakat terhadap hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna perkhidmatan utiliti.

Penduduk Kampung Bukit Sireh sedang mendengar taklimat tarif elektrik oleh pihak TNB.

“Kami akan terus bergerak ke lokasi-lokasi lain untuk memastikan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan jelas mengenai perubahan tarif elektrik ini,” katanya.

Program ini turut dilihat sebagai inisiatif menyokong usaha kerajaan dalam memperkasa kesedaran pengguna luar bandar agar mereka lebih peka dan bersedia menyesuaikan corak penggunaan tenaga mengikut kemampuan dan keperluan.

Sesi taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab secara terbuka, yang memberi ruang kepada penduduk untuk berinteraksi terus dengan pihak TNB dan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan kebimbangan serta isu yang dihadapi.

-RI

Tinggalkan komen anda