Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Gotong Royong Komuniti MADANI Temalat Semai Semangat Kerjasama Dan Perpaduan

By 18 seconds yang laluTiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Laporan/ foto : Joseph Laga/ Matteus Felix (JAPEN Song)

SONG, 10 Jul (MalaysiaAKtif) – Program Jiwa@Komuniti Madani Kemasyarakatan yang dilaksanakan Komuniti MADANI Temalat berjaya memberi impak positif kepada pembentukan nilai-nilai murni dalam kalangan ibu bapa, murid dan warga sekolah malah turut memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara semua pihak yang terlibat.

Program gotong-royong yang dilaksanakan secara bersepadu memupuk perpaduan dan semangat bekerjasama.

Sesi gotong-royong yang merupakan salah satu daripada pengisian program bukan sahaja sekadar menerapkan semangat kerjasama sahaja tetapi juga menjadi platform berkongsi idea dan pandangan mereka yang terlibat.

Penglibatan bersama jabatan dan agensi kerajaan membabitkan Jabatan Penerangan, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan dan Pertahanan Awam juga memanfaatkan peserta program melalui penyaluran dan pengkongsian maklumat secara formal dan tidak formal.

Ambrose menyampaikan ucapan perasmian sempena Program Jiwa@Komuniti MADANI di SK Ng Temalat.

Perkara ini dinyatakan Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya Malaysia Ambrose Abong ketika berucap merasmikan program tersebut yang diadakan di Sk Ng Temalat, semalam.

“Program gotong-royong ini adalah aktiviti kemasyarakatan yang amat penting di mana ahli Komuniti MADANI, ibu bapa, pelajar dan guru bekerjasama untuk membaikpulih dan membersih kawasan sekitar sekolah ini.

“Penglibatan masayarakat setempat dan agensi kerajaan juga memperlihatkan tanggungjawab sosial semua pihak yang merupakan kelaziman kita di sini,” jelas Ambrose.

Tambah beliau lagi, jika melihat kepada sambutan yang amat menggalakan, program ini wajar diteruskan malah melibatkan kerjasama lebih ramai peserta untuk membantu meneruskan program ini pada masa akan datang.

Bagi Guru Besar SK Ng Temalat Robin Sim, program ini telah meningkatkan tahap kebersihan, kesihatan, keselamatan sekolah selain memupuk keprihatinan dan rasa kepunyaan kepada sekolah.

Guru SK Ng Temalat turut membantu mengedar bahan penerbitan kepada peserta program.

“Program ini turut membudayakan amalan gotong-royong dan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid dan warga sekolah, cerminan tradisi penting masyarakat Malaysia selain memupuk semangat kerjasama dan perpaduan” ujarnya lagi.

Pada program sama, ceramah penjagaan kesihatan dan kebersihan diri dari Pejabat Kesihatan Daerah Song turut diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Song Joseph Laga, Guru Besar SK Temalat Robin Sim, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Temalat Melin Ujom, Ketua Komuniti MADANI Temalat Alysis Samat, Ketua Komuniti Pekan Song Jampong Balon dan ahli-ahli Komuniti MADANI Daerah Song.

-RJ-

Tinggalkan komen anda